Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) Dewan Tun Mustapha, Kudat

phoca_thumb_l_DSC_0081_edited

KUDAT, 13 Mac 2014 – BPA Negeri Sabah telah turut serta dalam Program Semarak Esscom anjuran Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) yang diadakan di Dewan Tun Mustapha, Kudat dengan membuka Kaunter Aduan Bergerak (KAB).

 

 

 

Program Semarak Esscom yang dirasmikan oleh YB Datuk Abd Rahim bin Bakri, Timbalan Menteri Pertahanan melalui wakil beliau YB Datuk Abdul Mijul bin Unaini, Ahli Dewan Undangan Negeri N1, Banggi tersebut turut disertai oleh tujuh agensi lain seperti Pasukan Komando Tentera Diraja Malaysia di bawah naungan ESSCOM, PDRM, Jabatan Imigresen, Kastam dan APMM. Terdapat beberapa pameran yang menarik seperti kempen kesedaran penyalahgunaan dadah dan demonstrasi latihan komando beserta peralatan yang digunakanan anggota komando semasa berada di dalam hutan.

 

 

 

Pada keseluruhannya Program KAB Kudat pada kali ini telah berjaya menarik seramai 52 pengunjung dan sebanyak satu aduan dan dua cadangan penambahbaikan telah direkodkan. Di samping itu, BPA Negeri Sabah juga telah memberikan penerangan mengenai peranan BPA dan saluran-saluran aduan yang disedikan kepada orang ramai serta memberikan khidmat nasihat kepada pengunjung.

 

Last modified on Isnin, 24 Mac 2014 07:02

 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000


 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Kembali ke atas