Sesi Pemukiman Pemerkasaan Pengurusan Aduan Awam, Biro Pengaduan Awam (BPA) Melaka diadakan dari 17-18 Ogos 2020.

Objektif utama penganjurannya untuk memantapkan pengurusan kes aduan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) kepada penyelia dan penyiasat BPA Melaka. Sesi ini dikendali oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA.