Sesi Libat Urus oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Perak mengenai isu longgokan sampah tidak dikutip telah diadakan bersama Majlis Perbandaran Taiping (MPTaiping), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Larut Matang & Selama (LMS) pada 12 Ogos 2020.

Sesi lawatan tapak ke lokasi yang diadu turut diadakan selepas perbincangan. MPTaiping dan PDT LMS sepakat untuk menyelesaikan isu ini dalam tempoh yang ditetapkan.