Lawatan tapak oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Selangor telah diadakan pada 18 Jun 2020 di sekitar Taman Melawati Selangor.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat sendiri situasi semasa isu aduan di samping mengadakan perbincangan dengan pihak yang terkesan dengan isu tersebut, agar permuafakatan tindakan dapat dicapai dengan sebaiknya.

Sesi lawatan diketuai oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan turut dihadiri oleh Pengarah, Jabatan Bangunan dan Seni Bina, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta pegawai dari kedua-dua agensi.