Kursus Asas Penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bilangan 1 tahun 2020 telah diadakan dengan jayanya dari 21 hingga 22 Januari 2020 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Bukit Kiara, Kuala Lumpur. 

 

Kursus yang dianjurkan secara bersama oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) dengan kerjasama pihak INTAN dimasukkan dalam kalendar kursus tahunan (INTAN) mulai tahun 2020. 

 

Kursus disertai oleh 24 orang pegawai penyelaras aduan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA), Kementerian Kesihatan Malayasia (KKM) dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

 

Puan Nurhafizah binti Borhanuddin dan Encik Meor Hijdayat bin Ismail dari Bahagian Aduan, BPA Ibu Pejabat Putrajaya menjadi penceramah kursus dan memberi bimbingan kepada para peserta mengenai penggunaan SISPAA.