PUTRAJAYA, 15 Oktober 2019 - Mesyuarat Kes Aduan Kajang Bypass oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) mengenai Isu Penyerahan dan Pewartaan Jalan telah diadakan di Aras 6, Blok B1, Jabatan Perdana Menteri.
Mesyuarat bertujuan membincangkan isu penyerahan dan pewartaan jajaran Kajang Bypass susulan aduan yang diterima oleh BPA berhubung jajaran Kajang Bypass sepanjang 2.5 km yang tidak dikawal selia dan diselenggara dengan baik.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg.Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan turut dihadiri oleh Puan Salinah Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Encik Mohamed Faizal bin Buang Pengarah (Bahagian Pengurusan Aduan) serta dihadiri oleh wakil-wakil dari 13 agensi dan kementerian yang terlibat iaitu Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Pejabat Tanah Hulu Langat, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor, Pejabat Ukur dan Pemetaan Selangor (JUPEM), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), JKR Negeri Selangor, JKR Daerah Hulu Langat, Kementerian Kerja Raya (KKR) serta BPA Selangor.