KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2019 - Biro Pengaduan Awam (BPA), Ibu Pejabat telah mengadakan lawatan tapak ke Pangsapuri Andika, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Lawatan diketuai oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan dihadiri oleh Puan Salinah binti Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan) dan pegawai aduan BPA. Lawatan turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Objektif lawatan bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat struktur binaan haram di pangsapuri berkenaan.