JOHOR BAHRU, 1 Oktober 2019 - Sesi libat urus susulan dari konfigurasi dan latihan penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) oleh Biro Pengaduan Awam (BPA), Johor telah diadakan bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Libat urus bertujuan mendapatkan penerangan secara lebih lanjut berkaitan kaedah penggunaan SISPAA oleh Unit Khidmat Korporat, Unit ICT dan wakil Jabatan Teknikal MBIP yang menyasarkan penggunaan SISPAA sepenuhnya bermula Januari 2020. Sesi libat urus turut membincangkan kes-kes aduan yang belum selesai.