Soalan Lazim

1. Apa yang boleh saya adu kepada BPA?
Semua aduan yang berkaitan dengan tindakan dan keputusan Agensi Kerajaan yang dirasakan tidak adil dan tidak mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.
 
2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?
Tiada. Setiap aduan yang dibuat adalah percuma.

3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
Boleh, dengan izin pengadu.
 
4. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi?
Boleh, sekiranya aduan telah melibatkan kepentingan awam dan maklumat yang mencukupi diterima untuk membolehkan siasatan dilakukan.
 
5. Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh BPA?
» Kelewatan / tiada tindakan;
» Tindakan tidak adil;
» Kekurangan kemudahan awam;
» Kepincangan perlaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang;
» Salah guna kuasa / penyelewengan yang bukan bertujuan mendatangkan keuntungan;
» Salah laku anggota awam;
» Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan;
» Kegagalan penguatkuasaan; dan
» Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.
 
6. Adakah pelbagai aduan boleh dirujuk kepada BPA?
Ya, KECUALI aduan terhadap:

»
dasar-dasar kerajaan
» perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa:
» Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan
» Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC)
» Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
» Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP)
» Jabatan Bantuan Guaman
» Mahkamah

7. Bagaimana cara saya membuat aduan?
» Laman web - www.pcb.gov.my
» Telefon - 03-8000 8000
» Faks - 03-8888 7778
» Menulis surat - Biro Pengaduan Awam,
 Peti Surat 9000, Kuala Lumpur
» Program Proaktif BPA - Kaunter Aduan Bergerak (KAB)
     i)  Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB)
     ii) MESRA Rakyat

» Hadir sendiri ke Pejabat-pejabat BPA
» SMS - Menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ke 15888
   Contoh SMS : BPA ADUAN (aduan anda) hantar ke 15888


8. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada BPA?
» Maklumat yang perlu diisi:
     - Nama - Jenis Pengadu
     - No. Kad Pengenalan - Tajuk Aduan
     - Jantina - Butiran Aduan
     - Alamat - Aduan Terhadap Agensi
     - Negara/Negeri/Daerah - Tindakan yang telah diambil pengadu
     - Telefon/E-mel - Tindakan yang dikehendaki dari BPA
     - Pekerjaan 

» Maklumat tambahan (berdasarkan keperluan pengadu):
     - Kata laluan - No. Faks
     - Lampiran - No. Pasport / lain
     - Warganegara - Syarikat / Persatuan
     - Kerahsiaan maklumat peribadi
 
9. Apa berlaku kepada aduan saya?
» BPA mengeluarkan no. kes setelah didaftar dalam sistem.
» BPA menghantar Surat Akuan Terima (SAT) kepada pengadu.
» Siasatan dijalankan.
» Semua urusan surat menyurat berhubung dengan tindakan siasatan disalinkan kepada pengadu sebagai makluman.
» Aduan yang melibatkan kepentingan awam dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) dan Jemaah Menteri.
» BPA maklumkan keputusan penyelesaian kes kepada pengadu.
» BPA menyerahkan borang CSI untuk penilaian pengadu terhadap perkhidmatan pengurusan aduan yang diberikan.

10. Berapa lama BPA membuat siasatan?
» Standard Operating Procedures (SOP) BPA, menetapkan bahawa setiap aduan yang dikemukakan mesti diselesaikan dalam tempoh 15 hari.
» Tempoh masa penyelesaian kes tertakluk kepada kategori aduan sama ada kes mudah, sederhana dan rumit. Kes mudah boleh diselesaikan serta merta atau 3 hari. Kes sederhana boleh diselesaikan dalam tempoh 5 hingga 15 hari.




































 
HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000
Fax: 603 8888 3748, 8888 7778
Emel:  Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
MSC bkpp 1 PEMUDAH 1mocc
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Jabatan Perdana Menteri
 
QR code BPA
 
fb   twitter  rss
 
Kembali ke atas