Logo Biro Pengaduan Awam

 
logo BPA copy
 
 
Logo Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri telah diluluskan oleh Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 15hb November 2000. Logo ini mula digunakan pada Januari 2001.

PENGERTIAN LOGO

Bentuk Bulat
Melambangkan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Juga melambangkan kekukuhan kedudukan BPA sebagai saluran rasmi yang utama bagi semua aduan yang dikemukakan terhadap Pentadbiran Kerajaan.
Dacing
Di samping mencerminkan keikhlasan dan kehormatan, dacing melambangkan keadilan dalam melakukan siasatan secara terperinci terhadap semua aduan serta telus tanpa rasa takut atau ragu-ragu.
Bulan Sabit Dan Bintang
Bulan sabit dan bintang pecah empat belas sebagai lambang Jalur Gemilang yang mewakili Islam sebagai agama rasmi serta perpaduan tiga belas buah negeri dan Wilayah Persekutuan yang membentuk Kerajaan Malaysia yang juga merupakan lambang keutuhan serta imej BPA.
Rangkaian Padi
Rangkaian padi yang terdapat di kedua-dua bahagian tepi logo mewakili tanggungjawab serta aktiviti BPA yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
Paksi
Kejituan BPA adalah digambarkan menerusi Paksi yang menyokong dacing dan merupakan sokongan yang kuat dan kukuh dalam mempertahankan prinsip ketelusan dan keadilan.
 
PAKSI

Biru
Melambangkan budaya bekerja keras, semangat berpasukan dan kesungguhan serta bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Putih
Melambangkan kesucian yang merupakan arah tuju BPA untuk mencapai matlamat pentadbiran yang bersih, cekap, amanah dan telus.
Kuning
Bermatlamat untuk mempertahankan pentadbiran yang baik (good governance) tanpa diskriminasi berlandaskan keadilan untuk semua
 
 
 
HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000
Fax: 603 8888 3748, 8888 7778
Emel: webmaster @pcb.gov.my
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
MSC bkpp 1 PEMUDAH 1mocc
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Jabatan Perdana Menteri
 
QR code BPA
 
fb   twitter  rss
 
Kembali ke atas