• 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

 

Sesi perbincangan telah diadakan oleh pihak BPA Negeri Selangor bersama rakan agensi dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor pada 14 Februari 2024 bertempat di pejabat BPA Negeri Selangor, Shah Alam. 

Tujuan perbincangan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan wakil-wakil agensi berhubung tindakan penyelesaian yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan aduan yang dikemukakan oleh pengadu terdahulu.