• 1
  • 10
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9

 

13 Disember 2023 (Rabu)| YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, bersama barisan Pengurusan Tertinggi BPA Ibu Pejabat telah mengadakan lawatan kerja ke pejabat BPA Melaka/Negeri Sembilan hari ini. Taklimat ringkas berkaitan pengoperasian dan pengurusan aduan di BPA Melaka/Negeri Sembilan telah disampaikan oleh Puan Joanna Jayaprakash, Pengarah BPA Melaka/Negeri Sembilan.  

Program lawatan ini telah dilengkapkan dengan sesi lawatan turun padang (TuPa) ke Taman Belimbing Indah, Durian Tunggal, Melaka yang merupakan lokasi aduan kejadian banjir dan di Jalan Besar Peringgit, Melaka yang merupakan lokasi aduan jalan berlubang. Lawatan turun padang ini diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah BPA dan Pengurusan Tertinggi BPA, dan disertai oleh pegawai dan kakitangan BPA Melaka/Negeri Sembilan.