• 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7

 

 

Sesi clock out sempena persaraan YBrs. Tuan S Letchumanan A/L Shanmugam, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri yang akan bersara wajib pada 26 Oktober 2023.

Menabur bakti selama 34 tahun 4 bulan 26 hari dalam perkhidmatan awam, beliau seorang yang komited, prihatin, berhemah dan pemudahcara dalam menjalankan tugas.  

Rakaman setinggi-tinggi penghargaan atas kepimpinan, jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama ini. 

 Semoga YBrs. Tuan S Letchumanan A/L Shanmugam sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan bahagia di samping keluarga tercinta.

 

"SEDETIK BERSAMA, BERABAD TERASA"