• A
  • B
  • C
  • D

9 Mac 2023- Mesyuarat dan lawatan tapak bagi membincangkan pengurusan kes PCB.930861 berkaitan keperluan laluan alternatif di Taman Sri Muda Zon C, Seksyen 25, Shah Alam.

 

Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mohamed Nasser bin Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), BPA Malaysia dan dihadiri Puan Norsuhana binti Azman (Pengarah BPA Negeri Selangor) serta wakil-wakil agensi daripada Jabatan Kerja Raya Daerah Klang, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Klang, Majlis Bandaraya Shah Alam serta wakil Persatuan Penduduk Taman Sri Muda Zon C.