• 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8

 

8 Disember 2022- Lawatan YBrs. Tuan S.Letchumanan a/l Shanmugam, Ketua Pengarah BPA bersama Pengurusan Tertinggi ke BPA Negeri Sarawak bagi melihat operasi dan juga mendapat maklum balas dari warga BPA Sarawak.

YBrs Ketua Pengarah serta ahli rombongan juga melakukan kunjungan balas ke Ombudsman Sarawak dan disambut oleh YB Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, (Integriti dan Ombudsman), YBrs. Tuan Haji Adana Bin Haji Jed, Pengarah Unit Integriti dan kakitangan. Pelbagai perkara yang telah dibincangkan bagi memperkukuhkan lagi kerjasama antara agensi.