• 1
  • 2

 

Sesi libat urus berkaitan pengurusan aduan bantuan banjir telah diadakan pada 8 November 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor (Unit Penyelarasan Pelaksanaan), Jabatan Perdana Menteri.

 

Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor dan dihadiri oleh YBhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan) serta pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua agensi.