Sesi lawatan tapak dan perbincangan Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor bersama pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah diadakan di Bandar Puteri, Puchong berhubung isu aduan penduduk pada 4 Mac 2021.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg Datuk Kamis bin Samin, Ketua Pengarah BPA dengan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua agensi.