• 1

Sesi Libat Urus Bil. 21/2020 Biro Pengaduan Awam (BPA) Selangor bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah diadakan pada 29 September 2020.

Tujuan diadakan sesi ini bagi membincangkan maklum balas tindakan penyelesaian aduan terhadap MPAJ.

Sesi dipengerusikan oleh Puan Norsuhana binti Azman, Pengarah BPA Selangor turut dihadiri oleh Puan Hajah Norhayati binti Ahmad, Ketua Bahagian Perhubungan Awam MPAJ dan pegawai dari kedua-dua agensi.