• 1
  • 2
  • 3

Mesyuarat Jaringan Telekomunikasi di Kompleks F telah diadakan di Aras 3, Blok F10, Putrajaya pada 24 September 2020. Mesyuarat ini diadakan bertujuan membincangkan masalah liputan telekomunikasi yang lemah di Blok F.

Sesi mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah, Biro Pengaduan Awam (BPA) bersama Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH), Perbadanan Putrajaya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat-syarikat telekomunikasi (Telco).