• 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

Sesi penyampaian hadiah pertandingan Fotografi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 kepada pemenang Ibu Pejabat Biro Pengaduan Awam (BPA) telah diadakan di Aras 3, BPA pada 25 September 2020.

Pertandingan yang julung-julung kali diadakan terbahagi kepada 2 kategori iaitu induvidu dan berkumpulan. Sebanyak 16 penyertaan kategori berkumpulan dan 13 penyertaan kategori induvidu melibatkan 66 foto telah diterima. Hadiah berupa wang tunai dan plak penghargaan disediakan kepada pemenang. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA.

Tujuan pertandingan diadakan adalah bagi memupuk semangat patriotik dan cintakan tanah air yang diterjemahkan melalui pertandingan yang diadakan pada hari ini.