Sesi Lawatan Tapak Bersepadu oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) Selangor mengenai aduan pembuangan sisa kumbahan secara haram di Kelana Jaya telah diadakan bersama 6 agensi kerajaan termasuk pihak swasta yang terdiri dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).

Sesi yang diketuai oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA diadakan pada 14 September 2020 dan turut dihadiri oleh pegawai dari pihak yang terlibat.