Sesi Libat Urus bersama pihak Perbadanan Putrajaya mengenai integrasi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Putrajaya Mobile Apps dan i-Tegur telah diadakan pada 18 Ogos 2020 di Aras 2, Blok F10, Putrajaya.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Rathidevi a/p A. Ramasamy, Ketua Penolong Pengarah, Unit Aduan 5, Biro Pengaduan Awam (BPA), Ibu Pejabat dan turut dihadiri oleh pegawai dari kedua-dua agensi.