PIC 1PUTRAJAYA, 15 Januari 2019 - Sesi libat urus oleh Biro Pengaduan Awam(BPA)bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diadakan Bilik Mesyuarat Utama, BPA, Jabatan Perdana Menteri.

Sesi libat urus ini diketuai YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA manakala KPM diketuai oleh YBhg. Datuk Ahmad Nadzri bin Embong, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, KPM dan 12 pegawai KPM yang terdiri dari pelbagai Bahagian dan Jabatan Pelajaran Negeri.

Perbincangan ini bertujuan mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai aduan LNPT pegawai skim pendidikan dan kakitangan KPM.