Program Bersama Orang Awam

Program MESRA

Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2002. Ia merupakan satu majlis dialog di antara Ketua-ketua Jabatan di peringkat negeri dan daerah dengan orang ramai yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, persatuan penduduk, petani, nelayan dan sebagainya. Biasanya majlis dialog ini akan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Pengarah BPA. Semua aduan yang dikemukakan pada majlis ini akan direkodkan oleh BPA untuk tindakan penyelesaian bersama agensi kerajaan terbabit.
 

Kaunter Aduan Bergerak (KAB)

Program KAB ialah satu program di mana BPA membuka kaunter di peringkat mukim untuk menerima aduan awam. Program ini berjalan sejak tahun 1989 dengan istilah Litaran mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 1992. Program ini telah dilaksanakan di semua negeri dan tumpuan utama program ini ialah di kawasan pedalaman.


Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB)

Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) wujud hasil daripada penambahbaikan yang dibuat kepada KaunterAduan Bergerak (KAB) dengan matlamat untuk mengekal dan memperluaskan program ini di seluruh negara. KABB yang pertama diadakan pada tahun 2005 di Taiping, Perak. Program ini bukan sahaja melibatkan kaunter BPA malah turut melibatkan pelbagai kaunter dari jabatan kerajaan yang lain. KABB dikendalikan oleh pegawai BPA dan Jabatan/Agensi setempat secara bersemuka dengan masyarakat setempat bagi memberi peluang kepada mereka membuat aduan atau menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sebarang tindakan pentadbiran Kerajaan termasuk juga agensi Kerajaan yang diswastakan.
 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my

 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss 
 
 
   
 
 
Kembali ke atas