Aduan Awam adalah aduan orang ramai mengenai ketidakpuasan mereka terhadap semua aspek pentadbiran Kerajaan (termasuk agensi-agensi yang diswastakan dan institusi-institusi yang berbentuk monopoli dan membekalkan keperluan-keperluan awam yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada termasuk salah laku, penyelewengan, salahguna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.
Pengaduan awam meliputi semua aspek pentadbiran kerajaan termasuk agensi Kerajaan yang diswastakan.
Jenis-Jenis Aduan Yang Tidak Boleh Diterima
Perkara-perkara di bawah bidang Kuasa:
1) Jawatankuasa Kira-kira Awam
2) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
3) Jabatan Bantuan Guaman
4) Perkara berkenaan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan
5) Masalah keluarga/Peribadi
6) Tuntutan Berbentuk 'Civil' antara individu/syarikat