Jawatankuasa Pengurusan Aduan Terhadap BPA (JKPAT)

a)Keterangan

Jawatankuasa Pengurusan Aduan Terhadap BPA (JKPAT) adalah jawatankuasa yang bertanggungjawab menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap aduan yang dibuat berkaitan kualiti perkhidmatan yang disampaikan oleh BPA dan tatalaku pegawai/kakitangan BPA.

Jenis aduan yang boleh dibuat terhadap BPA adalah :

      1. Kelewatan / Tiada tindakan;
      2. Tindakan tidak adil;
      3. Salah guna kuasa / penyelewangan yang bukan bertujuan mendatangkan keuntungan;
      4. Salah laku pegawai/kakitangan BPA; dan
      5. Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.

b) Cara Membuat Aduan dan Pihak Yang Perlu Dihubungi:

No.

Cara-Cara

Catatan

1

Emel

JKPAT[at]pcb[dot]gov[dot]my 

2

Telefon

03-8000 8000

3

Faks

03-8888 9989

4

Surat

Biro Pengaduan Awam

Aras 6, Blok B1

Kompleks Jabatan Perdana Menteri

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 

62502 Putrajaya

c) Soalan-soalan Lazim

1. Apa yang boleh saya adu terhadap BPA?

Semua aduan yang berkaitan dengan kualiti perkhidmatan yang disampaikan oleh BPA dan tatalaku pegawai/kakitangan BPA.

2. Siapa yang boleh membuat aduan?

Orang awam.

3. Bolehkah saya membuat aduan terhadap kakitangan BPA Negeri?

Boleh.

4. Apa maklumat yang diperlukan semasa membuat aduan terhadap BPA?

Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, No. Telefon, Emel dan Perihal Aduan.

5. Apa yang berlaku kepada aduan saya?

      1. Aduan dan hasil siasatan akan dibincangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aduan Terhadap BPA;
      2. Siasatan dijalankan mengikut keperluan dan kesesuaian aduan; dan
      3. Tindakan diambil berdasarkan keputusan mesyuarat berkenaan dan dimaklumkan kepada pengadu sekiranya perlu.

 6. Kekerapan Mesyuarat:

 Mesyuarat diadakan dari masa ke semasa mengikut keperluan.

  

 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my

 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss 
 
 
   
 
 
Kembali ke atas