Jawatankuasa Pengurusan Aduan Terhadap BPA (JKPAT)

a)Keterangan

Jawatankuasa Pengurusan Aduan Terhadap BPA (JKPAT) adalah jawatankuasa yang bertanggungjawab menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap aduan yang dibuat berkaitan kualiti perkhidmatan yang disampaikan oleh BPA dan tatalaku pegawai/kakitangan BPA.

Jenis aduan yang boleh dibuat terhadap BPA adalah :

      1. Kelewatan / Tiada tindakan;
      2. Tindakan tidak adil;
      3. Salah guna kuasa / penyelewangan yang bukan bertujuan mendatangkan keuntungan;
      4. Salah laku pegawai/kakitangan BPA; dan
      5. Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.

b) Cara Membuat Aduan dan Pihak Yang Perlu Dihubungi:

No.

Cara-Cara

Catatan

1

Emel

Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

2

Telefon

03-887225606

3

Faks

03-88889989

4

Surat

Biro Pengaduan Awam,

Peti Surat 9000, Kuala Lumpur

u/p : Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Aduan Terhadap BPA (JKPAT

c) Soalan-soalan Lazim

1. Apa yang boleh saya adu terhadap BPA?

Semua aduan yang berkaitan dengan kualiti perkhidmatan yang disampaikan oleh BPA dan tatalaku pegawai/kakitangan BPA.

2. Siapa yang boleh membuat aduan?

Orang awam.

3. Bolehkah saya membuat aduan terhadap kakitangan BPA Negeri?

Boleh.

4. Apa maklumat yang diperlukan semasa membuat aduan terhadap BPA?

Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, No. Telefon, Emel dan Perihal Aduan.

5. Apa yang berlaku kepada aduan saya?

      1. Aduan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aduan Terhadap BPA (JKPAT) dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Aduan Terhadap BPA (JKKPAT);
      2. Siasatan dijalankan mengikut keperluan dan kesesuaian aduan; dan
      3. Tindakan diambil berdasarkan keputusan mesyuarat berkenaan dan dimaklumkan kepada pengadu sekiranya perlu.

 

6. Berapa lama BPA membuat siasatan?

 Standard Operating Procedures

 

 7. Siapakah anggota Jawatankuasa Pengurusan Aduan Terhadap BPA (JKPAT) dan bagaimana kekerapan mesyuarat diadakan?

(i) Anggota Mesyuarat JKPAT :

Pengerusi - Ketua Pengarah BPA
Ahli - Timbalan Ketua Pengarah (Aduan)
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)
Urusetia - Ketua Penolong Pengarah (P&U)

(ii) Kekerapan Mesyuarat:

Mesyuarat diadakan sekali seminggu.

 

 

 

 
HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000
Fax: 603 8888 3748, 8888 7778
Emel:  Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
MSC bkpp 1 PEMUDAH 1mocc
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Jabatan Perdana Menteri
 
QR code BPA
 
fb   twitter  rss
 
Kembali ke atas