Lembaga Penasihat

Sejarah Lembaga Penasihat

Penubuhan dicetuskan sendiri oleh mantan YAB Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sempena lawatan beliau ke BPA pada 17 Oktober 2005 bagi memperkasakan lagi BPA sebagai satu agensi penghubung yang penting di antara Kerajaan dengan rakyat.

Ditubuhkan pada 18 April 2006, Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri, jam 2.30 petang di Ballroom Putrajaya 1, Hotel Marriott, Putrajaya.

Pengerusi pertama adalah YBhg. Tan Sri Abdul Halim Ali yang pada ketika itu, memegang jawatan Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ahli-ahli pertama Lembaga Penasihat adalah:

 
YBhg. Tan Sri Abdul Halim Ali
Pengerusi
Multimedia Development Corporation (MDeC)

Ahli

Puan Nik Anis binti Nik Zakaria
Pengurus Besar
Corporate Communications Malaysia Airports Holdings Berhad
 
Puan Nik Anis binti Nik Zakaria
Pengurus Besar
Corporate Communications Malaysia Airports Holdings Berhad

Wakil Kerajaan - Ahli

 
YBhg. Dato’ Ir. Annies Bin Md Ariff
Ketua Pengarah
Jabatan Kerja Raya
 
YBhg. Dato’ Siva Subramaniam a/l Nagaratnam
 
YBhg. Tan Sri Dato’ Lee Lam Thye
Naib Pengerusi
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) 
 
 
YBhg. Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
 
 
YBhg. Tan Sri Ahmad Fuad Bin Ismail
Bekas Dato Bandar Kuala Lumpur
 
 
YBrs. Prof. Dr. Abu Hassan Bin Hasbullah 
Dekan
Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan,
Universiti Malaysia Kelantan
 
 
YBhg. Adj. Prof. Dato’ Syed Amin Aljeffri
Yang DiPertua
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur
 

YBhg. Datuk Dr. Marimuthu Nadason

Presiden
Persatuan Pengguna Malaysia
 

Mesyuarat pertama (Mesyuarat Lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam Bil. 1/2006) diadakan pada 9 Mei 2006 (Selasa), jam 2.30 petang, di Bilik Mesyuarat BPA, Aras 6, Blok B1, Putrajaya.  Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat pertama adalah Kertas Makluman Terma-Terma Rujukan Lembaga Penasihat BPA dan Kertas Makluman Hala Tuju BPA.

BPA merujuk kepada 5 agensi Kerajaan yang mempunyai Lembaga Pengarahnya yang sendiri sebagai panduan untuk menyediakan terma dan rujukan Lembaga Penasihat BPA. Agensi yang dirujuk adalah:

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN)

Jabatan Perpaduan Negara (JPN)

Bank Negara Malaysia (BNM)

Kementerian Sumber Manusia (KSM)

 


Objektif

Objektif penubuhan Lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam (BPA) adalah untuk meningkatkan keberkesanan dalam hal-hal   berikut:

      1. Pengurusan dan pemantauan aduan awam;
      2. Pengesanan isu-isu yang dijangka akan menjejaskan imej agensi awam;
      3. Pengurusan maklum balas awam terhadap dasar dan program-program kerajaan dan
      4. Program-program dan perancangan yang dilaksanakan oleh BPA.

Peranan

Menasihati BPA dalam meningkatkan lagi keupayaan sebagai sebuah agensi pengurusan, penyelarasan dan pemantauan aduan awam yang berkesan:

Menasihati mengenai perancangan dan pelaksanaan program-program BPA;

Menasihati BPA dalam usaha meningkatkan kerjasama dan penyelarasan di antara BPA dengan agensi-agensi awam dalam hal ehwal pengaduan awam dan

Membuat penilaian terhadap pencapaian dan keberkesanan program yang dilaksanakan oleh BPA.

 
HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000
Fax: 603 8888 3748, 8888 7778
Emel: webmaster @pcb.gov.my
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
MSC bkpp 1 PEMUDAH 1mocc
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Jabatan Perdana Menteri
 
QR code BPA
 
fb   twitter  rss
 
Kembali ke atas