Lawatan Penandaarasan Biro Pengaduan Awam (BPA) ke atas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diadakan di Ibu Pejabat, MBPJ pada 1 November 2019. Sesi lawatan bertujuan berkongsi maklumat berhubung Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan Sistem Pengurusan MBPJ (eAduan) di samping melihat contoh-contoh amalan terbaik pengurusan aduan.
Lawatan diketuai oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan turut disertai pegawai-pegawai BPA Ibu Pejabat.