KURSUS PROFESIONALISME PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN DAN PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN

1

PUTRAJAYA, 5 September 2019 - Kursus Profesionalisme Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ), Biro Pengaduan Awam (BPA) telah diadakan selama dua hari dari 4-5 September 2019, di Aras 3, Blok B1, Jabatan Perdana Menteri.

Objektif kursus adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai Dasar, Peraturan dan Sistem Kawalan Keselamatan dalam Jabatan Kerajaan. Kursus ini juga adalah untuk bertukar-tukar pengetahuan dalam menghasilkan keselamatan perlindungan yang teratur dan berkesan.

Taklimat kursus telah disampaikan oleh Tuan Nazrul Rizal bin Abdul Rahim, Ketua Seksyen Keselamatan Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri dan Tuan Jalil bin Yahya, Pegawai Keselamatan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri. Kursus ini dihadiri oleh seramai 25 pegawai dan kakitangan BPA.

Lagi gambar

 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000
Emel: webmaster[at]pcb[dot]gov[dot]my

 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Kembali ke atas