PUTRAJAYA, 13 Disember 2018 - Seminar Pengurusan Aduan Awam bagi tahun 2018 anjuran Biro Pengaduan Awam (BPA) telah diadakan di Auditorium Perdana, Jabatan Perdana Menteri.
Objektif seminar bertujuan untuk memberi maklumat, pendedahan dan kefahaman mengenai analisis kajian kes yang menjadi teras dalam Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).
Penganjuran seminar yang berlangsung selama sehari ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pegawai dalam penyediaan jawapan aduan yang berkualiti melalui perakuan tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan bagi pengurusan aduan awam yang berkesan.
Taklimat dan perkongsian dengan para peserta telah disampaikan oleh YBhg Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah BPA dan YM Datuk Tengku Mohd Amin Tuan Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan).
Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Kanan, Pegawai Perhubungan Awam, Pegawai Penyelaras Aduan dari pelbagai Kementerian dan agensi kerajaan telah menghadiri seminar ini.