PUTRAJAYA,12 Februari 2018 - Delegasi daripada Office of the Ombudsman Thailand yang diketuai oleh General (Bersara) Viddhavat Rajatanun, Ombudsman for Chief Ombudsman dan Treasurer of the International Ombudsman Institute (IOI) ke Kompleks Jabatan Perdana Menteri telah disambut oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam dan pegawai-pegawai daripada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.
Delegasi tersebut telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga lawatan rasmi ke Pejabat Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.