PELANCARAN APLIKASI TELEFON PINTAR RESPONS RAKYAT GENERASI KEDUA UNTUK ADUAN AWAM

5

PUTRAJAYA, 18 Julai 2019 – Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri telah melancarkan aplikasi telefon pintar generasi kedua yang dikenali sebagai Respons Rakyat (RR 2.0) di Bangunan Perdana Putra. Aplikasi ini dibangunkan bagi memudahkan orang awam membuat aduan dan memberi maklum balas berhubung sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Menerusi RR 2.0, orang awam dapat mengemukakan aduan dan maklum balas kepada 460 agensi kerajaan (yang terdiri dari 25kementerian, 257 agensi kerajaan persekutuan,13 pejabat setiausaha kerajaan negeri, 149 pihak berkuasa tempatan dan 16 syarikat utiliti) dengan hanya menggunakan 1 aplikasi telefon pintar.

Aplikasi telefon pintar RR 2.0 ini menggantikan Rakyat Responz (RR 1.0) yang telah dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) pada bulan Mei 2016.

Antara kelebihan aplikasi telefon pintar RR 2.0 berbanding RR 1.0 ialah:

a) keupayaan pengguna memuat naik (upload) video dan audio (sebelum ini RR 1.0 hanya membolehkan pengadu menghantar gambar (imej) dan fail dokumen sahaja);

b) sistem pesanan RR Messenger sebagai pemakluman atau notifikasi mesej baharu yang diterima (sebelum ini pengadu berkomunikasi menerusi e-mel atau telefon);
c) pengadu boleh mengikuti perkembangan kes dalam siasatan melalui telefon pintar (sebelum ini pengadu perlu log masuk ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) untuk menyemak kedudukan semasa kes); dan

d) kajian kepuasan pelanggan dapat dijalankan menerusi telefon pintar (sebelum ini kajian kepuasan pelanggan dilaksanakan melalui borang dan dihantar menerusi e-mel)

Berdasarkan statistik BPA, sebanyak 2,089 aduan telah diterima melalui saluran aplikasi telefon pintar RR 1.0 bagi tempoh Mei 2016 hingga 31 Disember 2018. Daripada jumlah ini, 48.6% atau 1,016 aduan adalah ke atas Pihak Berkuasa Tempatan, diikuti oleh kementerian dan agensi kerajaan persekutuan (26.6% atau 555 aduan), agensi kerajaan negeri (16.9% atau 354 aduan) dan aduan ke atas syarikat swasta, utiliti dan syarikat milik kerajaan (GLC) iaitu 7.9% atau 164 aduan.

BPA yakin RR 2.0 akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang awam yang ingin membuat aduan berhubung sistem penyampaian perkhidmatan awam. Keyakinan ini berdasarkan trend penggunaan RR 1.0 bagi tempoh 3 tahun yang lepas. Pada tahun 2016, daripada keseluruhan aduan yang diterima oleh BPA, sebanyak 7.5% aduan diterima menerusi aplikasi telefon pintar RR 1.0. Angka ini meningkat kepada 8.3% pada tahun 2017 dan 17.4% pada tahun 2018.
Penghasilan RR 2.0 merupakan langkah terbaharu pihak kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam. RR 2.0 boleh dimuat turun daripada App Store dan Google Play Store.

Lagi gambar

 
 
 HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000


 
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 jpm copy SPR
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government
 
 
 
 
 
 
 
QR code BPA
 
  rss  rss rss

 
 
 
Kembali ke atas