Kaunter Aduan Bergerak (KAB) Di Kipmart Kota Tinggi

IMG-20180128-WA000828 Januari 2018, Kipmart Kota Tinggi Johor - Sempena Program Kembara Kerjaya Swadaya Insan Johor (KKSIJ) 5.0 Tahun 2018 anjuran Azam Kerja Muafakat Johor. BPA Negeri Johor telah membuka kaunter aduan pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Program KAB ini bertujuan memberikan kemudahan dan peluang kepada orang awam untuk mengemukakan aduan, pertanyaan serta mendapatkan khidmat nasihat berhubung skop tugas dan bidang kuasa BPA sebagai makluman kepada orang awam yang hadir ke kaunter BPA. Selain itu, BPA Negeri Johor juga turut mempromosikan saluran aduan terbaru melalui aplikasi mobile Rakyat Responz kepada orang awam.

Dianggarkan sebanyak 32 orang pengadu telah hadir ke kaunter BPA bagi membuat pertanyaan dan khidmat nasihat. Sebanyak 6 orang telah memuat turun aplikasi Rakyat Responz dan tiada aduan yang diterima sepanjang program tersebut berlangsung. Petugas-petugas kaunter yang terlibat ialah Puan Aida binti Jamaluddin, Puan Azura binti Ab. Aziz dan Encik Mohd Fadli bin Abd. Aziz.

 

Disediakan oleh :

BPA Negeri Johor
29 Januari 2018

Lagi gambar

 
HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000
Fax: 603 8888 3748, 8888 7778
Emel: webmaster[at]pcb.gov.my
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 PEMUDAH 1mocc
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Jabatan Perdana Menteri
 
QR code BPA
 
fb   twitter  rss
 
Kembali ke atas