Program MESRA Rakyat Komuniti Parlimen Tangga Batu Meriah

Mesra Tangga Batu Melaka

Tangga Batu, 21 Mei 2017 -  Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah mengadakan Program Mesra Rakyat (MESRA) bersama komuniti Parlimen Tangga Batu pada 21 Mei 2016 (Ahad) bertempat di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zainal bin Hussin, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Program ini turut dihadiri oleh YB Datuk Lim Ban Hong, EXCO Pengangkutan dan Pemulihan Projek, YB Datuk Sazali bin Hj. Muhd Din @ Din, Timbalan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Alam Sekitar dan Encik Abszra Davadason Peter, Pengarah Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan, Jabatan Perdana Menteri.

Program ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Agensi/Jabatan Kerajaan di Daerah Melaka Tengah dan Negeri Melaka yang mana sebanyak 7 Agensi/Jabatan Kerajaan telah terlibat dalam sesi dialog.

Sesi dialog telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Zainal bin Hussin, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Antara Agensi/Jabatan lain yang terlibat adalah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Pejabat Daerah Melaka Tengah, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Melaka dan SWM Environment Sdn. Bhd.
Sebanyak 16 aduan daripada 6 orang pengadu telah diterima semasa sesi dialog dan telah direkodkan oleh Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan sepanjang tempoh program tersebut diadakan.

 

 

 

Disediakan oleh : 

Unit Komunikasi Korporat
BPA Putrajaya
 
 
HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000
Fax: 603 8888 3748, 8888 7778
Emel: webmaster[at]pcb.gov.my
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 PEMUDAH 1mocc
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Jabatan Perdana Menteri
 
QR code BPA
 
fb   twitter  rss
 
Kembali ke atas