Kaunter Aduan Bergerak (KAB) Di Stadium Perbandaran Pasir Gudang

kab_pasirgudang2017

Johor, 19 hingga 21 Mei 2017 - Sempena Program Karnival Jualan Mega Muafakat Johor 2017 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Johor. Program tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor. BPA Negeri Johor telah membuka kaunter aduan selama tiga hari pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Program KAB ini bertujuan memberikan kemudahan dan peluang kepada orang awam untuk mengemukakan aduan, pertanyaan serta mendapatkan khidmat nasihat berhubung skop tugas dan bidang kuasa BPA sebagai makluman kepada orang awam yang hadir ke kaunter BPA. Selain itu, BPA Negeri Johor juga turut mempromosikan saluran aduan terbaru melalui aplikasi mobile Rakyat Responz kepada orang awam.

Dianggarkan sebanyak 321orang pengadu telah hadir ke kaunter BPA bagi membuat pertanyaan dan khidmat nasihat. Sebanyak 253 orang telah memuat turun aplikasi Rakyat Responz dan terdapat 1 aduan yang diterima sepanjang program tersebut berlangsung. Petugas-petugas kaunter yang terlibat ialah Puan Aida binti Jamaluddin, Encik Suhaimi bin Abdul Aziz, Puan Norlina binti Othman, Encik Malek bin Awang, Puan Norkartina binti Mat Nor, Puan Azura binti Ab. Aziz, Encik Mohammad Zainal Abiddin bin Tuki dan Encik Mohd Fadli bin Abd. Aziz.

 

Disediakan Oleh :
BPA, Negeri Johor
23 Mei  2017

 

 

 

 
HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000
Fax: 603 8888 3748, 8888 7778
Emel: webmaster[at]pcb.gov.my
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
myHealth bkpp 1 PEMUDAH 1mocc
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Jabatan Perdana Menteri
 
QR code BPA
 
fb   twitter  rss
 
Kembali ke atas