BPA Capai 100 Peratus E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)

BPA

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) 7 DISEMBER 2016 - Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) telah menerima sijil penghargaan bagi pelaksanaan E-pembelajaran sektor awam (EPSA). EPSA telah dilaksanakan oleh seluruh warga BPA bagi tahun 2016 dan ini melayakkan BPA menerima sijil penghargaan tersebut.

EPSA adalah portal pembelajaran secara online bagi penjawat awam Malaysia. Sistem EPSA membolehkan penjawat-penjawat awam mengikuti kursus secara atas talian tanpa perlu hadir secara fizikal di mana-mana institusi latihan. Sistem ini telah beroperasi secara rasmi pada 9 Julai 2007. Lokasi pelaksanaan ialah di INTAN, Bukit Kiara dan boleh dicapai oleh semua personel sektor awam, sama ada di dalam atau di luar negara.

 

 
HUBUNGI KAMI
 
BIRO PENGADUAN AWAM
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
Tel: 603 8000 8000
Fax: 603 8888 3748, 8888 7778
Emel: webmaster[at]pcb.gov.my
 
 
PAUTAN
Institut Integriti Malaysia(IIM) Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Ketua Setiausaha Negara MAMPU
MSC bkpp 1 PEMUDAH 1mocc
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) my Government Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Jabatan Perdana Menteri
 
QR code BPA
 
fb   twitter  rss
 
Kembali ke atas